Wednesday, December 5, 2012

Berita- Kebakaran- May-L K




KUALA LUMPUR , Selasa - Suatu kebakaran telah berlaku di kilang parabot di Wangsa Maju, Kuala Lumpur . Kejadian yang berlaku kira-kira jam 2 petang ini membawa kemusnahan yang teruk di kilang perabot tersebut dan kerugian yang besar namun sehingga kini masih belum dapat dianggarkan jumlahnya.
            Apabila melihat asap yang berkepul-kepul keluar dari kilang tersebut , seorang saksi menelefon pihak Bomba dan Penyelamat dengan segera . Dua buah kereta Bomba berkejar ke tempat kejadian . Banyak orang membantu memindahkan perabot sebelum ketibaan Bomba . Pihak Bomba mangambil  masa satu setengah jam untuk memadamkan api .
Pengawai Bomba berkata , kejadian kebakaran berpunca daripada litar pintas. Sambungan wayar yang telah usang menyebabkan litar pintas wayar itu disyaki telah digigit tikus. Api yang pada mulanya kecil menjadi marak apabila tersambar langsir.
Kebanyakan perabot tidak sempat diselamatkan kerana kekurangan tenaga pekerja.  Terdapat tiga orang pekerja di kedai itu cedera tetapi nasib baik tiada kemalangan jiwa . Kerugian yang dialami belum dapat dianggarkan .
Pihak Bomba menghadapi masalah memadamkan api kerana pili bomba baru diubahsuaikan beberapa hari yang lalu.  Saksi yang mula-mula menyedari kebakaran tersebut melaporkan bahawa pihak bomba mengambil masa yang agak panjang untuk mengawal api kebakaran.  Saksi yang menyedari kesukaran tersebut segera meminta bantuan orang ramai yang berdekatan dengan tempat kejadian .
Pihak bomba menyarankan agar orang ramai supaya menjalankan pemeriksaan berkala sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun terutamanya bagi rumah-rumah yang using atau telah hampir 15 tahun dihuni.  Kerugian akibat kebakaran ini sepatutnya dapat dielakkan sekiranya langkah berjaga-jaga diambil oleh pihak yang terbabit.

Pengalaman Menyaksikan Kemalangan Jalan Raya- Dylan Leong




Keadaan cuaca sungguh redup pada petang itu. Aku menggorak langkah meninggalkan perkarangan sekolah. Tiba-tiba , aku terdengar bunyi yang kuat. Aku memusingkan kepala ke arah bunyi.
Aku melihat suatu kemalangan di simpang jalan. Kemalangan itu berlaku di kira-kira 100 meter dari sekolah dan melibatkan sebuah bas dan sebuah lori.
Banyak orang mengerumuni tempat kemalangan itu. Sesetengah kenderaan bergerak perlahan untuk melihat kemalangan itu. Keadaan di tempat kemalangan itu telah menjadi huru-hara.
Aku berasa cemas lalu berlari dengan cepat ke sebuah pondok telefon yang berhampiran. Aku menelefon talian kecemasan.
5 minit selepas itu, polis pun tiba di tempat kejadian untuk mengawal lalu lintas. Tidak lama kemudian, 3 buah ambulans dan pasukan bomba dan penyelamat sampai di tempat kejadian. Pasukan bomba dan penyelamat mengeluarkan mangsa dari kenderaan tersebut lalu ambulans menghantarkan mangsa-mangsa kemalangan tersebut ke hospital.
Aku melihat mangsa-mangsa berlumuran darah. Ada pula yang tidak sedarkan diri. Aku terdengar suara budak-budak menangis dan suara mangsa mengerang kesakitan. Aku berasa simpati dan kasihan terhadap budak-budak kecil yang ketakutan.  Kepala pemandu lori berlumuran darah tetapi pemandu bas pula tidak mengalami kecederaan.
Aku terdengar ada orang mengatakan bahawa pemandu lori itu memandu dalam keadaan mabuk.   Selepas semua mangsa yang cedera dibawa ke hospital, pasukan polis serta bomba dan penyelamat pun beredar. Keadaan lalu lintas menjadi pulih semula dan aku meneruskan perjalanan balik ke rumah.
Melalui pengalaman ini, saya belajar untuk bertindak pantas semasa kecemasan.  Kita juga perlu sentiasa berhati-hati semasa menggunakan jalan raya.

Peranan Masyarakat Untuk Memajukan Industri Pelancongan Negara- Steven K




 Lihatlah samudera luas yang jernih, hutan yang mempunyai flora dan fauna serta kepelbagainan kaum yang terdapat di negara kita. Pada pandangan saya, faktor-faktor ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai kelebihan untuk menjadi sebuah negara tarikan pelancongan yang strategik. Selaras dengan kempen Tahun Melawat Malaysia, kerajaan telah menjalankan pelbagai aktiviti untuk meningkatkan kemasukan pelancong ke Negara kita. Selain kerajaan, rakyat juga mempunyai peranan penting dalam memajukan sektor tersebut.
Malaysia ialah sebuah negara yang terdiri daripada berbilang kaum seperti Melayu,Cina,India dan kaum peribumi. Masyarakat Malaysia harus mengekalkan adat yang diwarisi secara turun temurun. Ini kerana salah satu faktor utama yang menjadi tarikan para pelancong ke negara kita ialah tradisi pelbagai kaum yang terdapat di negara kita. Program seperti persembahan tarian yang berorientasikan pelbagai budaya yang terdapat di Malaysia perlu diteruskan.
Selain itu, masyarak sewajarnya meningkatkan kemahiran sosial. Kemahiran berkomunikasi secara interpersonal adalah faktor yang penting untuk memajukan sector pelancongan negara kita. Justeru, kemahiran tersebut harus dipraktikkan sejak kecil lagi, kerana melentur buluh biralah dari rebungnya. Sementara itu, rakyat juga harus mengutamakan cara memberi layanan dan perkhidmatan kepada pelancong asing kerana perkhidmatan berkualiti tinggi mencerminkan keperibadian kita yand mulia.
Di samping itu, kebersihan sesebuah negara juga dapat meningkatkan imej negara. Beberapa negara maju seperti Jepun dan Singapura amat menitikberatkan faktor kebersihan negara demi keselesaan pelancong dan dan rakyat tempatan. Jadi kita harus mencontohi mereka dengan mengutamakan kebersihan alam sekeliling. Yang perlu kita pastikan ialah usaha tersebut adalah tanggungjawab semua kerana bersama kita teguh, bercerai kita roboh..
Industri pelancongan ialah salah satu penjana ekonomi negara. Kita tidak sepatutnya berpeluk tubuh dan menolak tanggungjawab sepenuhnya kepada pihak kerajaan. Kita wajar bekerjasama “bagai aur dengan tebing” bagi merealisasikan visi negara untuk menjadi salah satu daripada destinasi pelancongan yang terkenal di mata dunia.

Punca-Punca Gejala Ponteng Sekolah- Steven K


Tiada sesiapa dapat menafikan bahawa gejala ponteng sekolah mencemarkan imej institusi pendidikan. Tambahan pula, gejala tersebut juga mendatangkan pelbagai impak negatif kepada pelajar dan institusi sosial. Oleh itu, pihak yang berkaitan harus mengenal pasti punca-punca yang menyebabkan isu tersebut.

Satu faktor gejala ponteng sekolah sering berlaku adalah pengaruh rakan sebaya. Terdapat golongan remaja yang tercicir mengatakan bahawa kehidupan di luar sekolah lebih seronok dan ini akan mempengaruhi rakan sebayanya yang masih bersekolah untuk turut mengikut jejak langkah pelajar tercicir tersebut.

Selain itu, punca lain yang mengalakkan gejala ponteng sekolah ialah pembelajaran yang tidak kondusif. Pelajar berasa bosan dan tidak berminat untuk belajar. Segala pengajaran guru masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Segelintir pelajar ponteng sekolah kerana tidak mahu dibebani kerja rumah yang banyak.

Sementelaah itu, pelajar yang sentiasa berhadapan dengan masalah disiplin juga akan memilih ponteng sekolah untuk mengelakkan diri daripada dikenakan tindakan disiplin. Mereka menganggap bahawa melarikan diri daripada tindakan disiplin di sekolah akan menyelesaikan masalah mereka. Antara contoh sebab popular yang menyebabkan pelajar ponteng sekolah adalah kerana tidak mahu memotong rambut mereka.

Gejala ponteng sekolah perlu disekat sebelum menjadi lebih serius. Setiap pihak yang berkaitan harus berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menangani masalah ini supaya masa depan pelajar akan menjadi cemerlang, gemilang, dan terbilang.

Monday, December 3, 2012

Pengalaman Bercuti Bersama Keluarga- Lee Yee Ching


15,Jalan Selongo,
Taman Bunga,
11700 Sungai Pertama
Kuala Lumpur
17October 2012

Menemui Saudari Jane yang kini berada di Kampung Mewah, Kuala Lumpur.
Saudari,
Apa khabar saudari? Saya di sini berada di keadaan yang sihat.Saya berharap agar saudari juga begitu.Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya melancong ke sebuah tempat peranginan bersama keluarga saya pada musim cuti sekolah yang lepas.
Seminggu sebelum cuti sekolah, saya dan keluarga telah berbincang untuk melancong ke tempat peranginan di Malaysia.  Selepas berbincang, kami sebulat suara membuat keputusan untuk melancong ke Pulau Pinang.
Kami menggunakan kereta bapa untuk ke Pulau Pinang.  Oleh sebab kakak saya sudah tinggal di Pulau Pinang selama 2 tahun, dia telah menawarkan diri untuk menjadi pemandu pelancong kami.
Mula-mula,  dia membawa kami ke pusat membeli-belah Queensbay.  Queensbay ialah pusat membeli- belah yang terbesar di Pulau Pinang.  Di sana, kami melihat banyak orang membeli-belah.  Kami membeli banyak barang dan kami juga sempat bermain kasut roda.  Kami juga makan makanan yang sedap di sana dan menyanyi di karaoke dengan gembira.  Selepas itu,kami pun balik ke hotel.
Pada hari kedua,  kami sekeluaraga pergi Batu Feringhi.  Kami pergi ke Batu Feringhi dengan bantuan GPS.  Kami bermain air di laut dan berehat di sana dengan gembira.  Air di sana bersih dan permandangan juga indah.
Pada pukul 7:00malam,kami sekeluarga pun bertolak balik ke rumah.  Bersama-sama surat ini,saya sertakan sekeping gambar yang kami tangkap semasa di pantai.  Saya berharap saudari terhibur membaca surat saya.
Itu sajalah untuk kali ini.  Semoga saudari balas surat saya secepat mungkin.  Sekian,terima kasih.


Yang benar,
Yee Ching

Sunday, December 2, 2012

Pengalaman Bercuti Bersama Keluarga-Joycelyn Ng

Gambar Hiasan

914,Lebuh Bukit Kecil 7 ,
Taman Sri Mayang ,
11700 ,Bayan Lepas ,
Kuala Lumpur .
17 Oktober 2012,

Menemui saudari Nicole yang berada di Kampong Sungai Lebong , Pahang .
Saudari ,
Apa khabar saudari? Saya berdoa semoga saudari sihat sejahtera.  Saya di sini sihat-sihat sahaja disamping keluarga .Saya memohon maaf kerana lewat membalas surat saudari.  Kebetulan pada minggu lalu, saya ada projek yang perlu disiapkan.
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya bercuti bersama keluarga saya di Pulau Pinang pada musim cuti yang lalu.
Pulau Pinang ialah sebuah tempat peranginan yang mempunyai banyak makanan dan tempat-tempat yang menarik. Pulau Pinang merupakan sebuah tempat yang padat dengan penduduk .
Saya dan keluarga saya telah menaiki kapal terbang ke Pulau Pinang. Lapangan terbang Pulau Pinang baru siap diubahsuai . Lapangan terbang itu bukan sahaja besar dan cantik, malah bersih .
Setiba kami di pulau tersebut , kami sekeluarga pergi ke hotel yang kami tempah di internet awal-awal lagi.  Kami menetap di sana selama empat hari . Setibanya kami di bilik hotel, kami pun meletak bagasi-bagasi kami, mandi lalu keluar membeli-belah.  Kami balik ke hotel pada lewat petang selepas makan malam.
Pada hari kedua, kami menaiki teksi ke Batu Feringghi untuk bermandi-manda di laut . Perjalanan kami mengambil masa 1 jam.  Selepas mengeluarkan barang yang dibawa di atas tikar, kami segera menukar baju renang kami lalu bermandi-manda di dalam laut . Kami juga menyewa sebuah bot laju untuk bermain di laut . Selepas puas bermain dan bersantai, kami pun balik ke hotel .
Pada hari ketiga , kami berjalan kaki ke sebuah kompleks membeli-belah yang berdekatan hotel kami . Kompleks itu sungguh besar dan cantik . Kami sekeluarga sangat suka membeli-belah . Oleh itu, tidak hairan kami sekeluarga dapat meluangkan masa sepanjang hari di sana.
Pada hari keempat,  kami sekeluarga bangun awal pagi dan bersiap-siap untuk pulang ke Kuala Lumpur.  Ayah memujuk adik dan saya yang kelihatan sungguh berat hati untuk meninggalkan Pulau Pinang.  Ayah berjanji untuk membawa kami sekeluarga untuk datang ke sini lagi pada cuti yang akan datang.
Itu saja coretan saya untuk kali ini.  Semoga saudari seronok membaca pengalaman cuti saya di Pulau Pinang.  Beserta surat ini saya sertakan sekeping gambar yang saya ambil bersama keluarga saya di Quensbay Mall, kompleks membeli-belah terbesar di Malaysia.
Yang benar, 
Joycelyn.