Wednesday, December 5, 2012

Punca-Punca Gejala Ponteng Sekolah- Steven K


Tiada sesiapa dapat menafikan bahawa gejala ponteng sekolah mencemarkan imej institusi pendidikan. Tambahan pula, gejala tersebut juga mendatangkan pelbagai impak negatif kepada pelajar dan institusi sosial. Oleh itu, pihak yang berkaitan harus mengenal pasti punca-punca yang menyebabkan isu tersebut.

Satu faktor gejala ponteng sekolah sering berlaku adalah pengaruh rakan sebaya. Terdapat golongan remaja yang tercicir mengatakan bahawa kehidupan di luar sekolah lebih seronok dan ini akan mempengaruhi rakan sebayanya yang masih bersekolah untuk turut mengikut jejak langkah pelajar tercicir tersebut.

Selain itu, punca lain yang mengalakkan gejala ponteng sekolah ialah pembelajaran yang tidak kondusif. Pelajar berasa bosan dan tidak berminat untuk belajar. Segala pengajaran guru masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Segelintir pelajar ponteng sekolah kerana tidak mahu dibebani kerja rumah yang banyak.

Sementelaah itu, pelajar yang sentiasa berhadapan dengan masalah disiplin juga akan memilih ponteng sekolah untuk mengelakkan diri daripada dikenakan tindakan disiplin. Mereka menganggap bahawa melarikan diri daripada tindakan disiplin di sekolah akan menyelesaikan masalah mereka. Antara contoh sebab popular yang menyebabkan pelajar ponteng sekolah adalah kerana tidak mahu memotong rambut mereka.

Gejala ponteng sekolah perlu disekat sebelum menjadi lebih serius. Setiap pihak yang berkaitan harus berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menangani masalah ini supaya masa depan pelajar akan menjadi cemerlang, gemilang, dan terbilang.

No comments:

Post a Comment