Lihatlah
samudera luas yang jernih, hutan yang mempunyai flora dan fauna serta
kepelbagainan kaum yang terdapat di negara kita. Pada pandangan saya,
faktor-faktor ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai kelebihan
untuk menjadi sebuah negara tarikan pelancongan yang strategik. Selaras dengan
kempen Tahun Melawat Malaysia, kerajaan telah menjalankan pelbagai aktiviti
untuk meningkatkan kemasukan pelancong ke Negara kita. Selain kerajaan, rakyat
juga mempunyai peranan penting dalam memajukan sektor tersebut.
Malaysia
ialah sebuah negara yang terdiri daripada berbilang kaum seperti
Melayu,Cina,India dan kaum peribumi. Masyarakat Malaysia harus mengekalkan adat
yang diwarisi secara turun temurun. Ini kerana salah satu faktor utama yang
menjadi tarikan para pelancong ke negara kita ialah tradisi pelbagai kaum yang
terdapat di negara kita. Program seperti persembahan tarian yang
berorientasikan pelbagai budaya yang terdapat di Malaysia perlu diteruskan.
Selain
itu, masyarak sewajarnya meningkatkan kemahiran sosial. Kemahiran berkomunikasi
secara interpersonal adalah faktor yang penting untuk memajukan sector
pelancongan negara kita. Justeru, kemahiran tersebut harus dipraktikkan sejak
kecil lagi, kerana melentur buluh biralah dari rebungnya. Sementara itu, rakyat
juga harus mengutamakan cara memberi layanan dan perkhidmatan kepada pelancong asing
kerana perkhidmatan berkualiti tinggi mencerminkan keperibadian kita yand
mulia.
Di
samping itu, kebersihan sesebuah negara juga dapat meningkatkan imej negara.
Beberapa negara maju seperti Jepun dan Singapura amat menitikberatkan faktor
kebersihan negara demi keselesaan pelancong dan dan rakyat tempatan. Jadi kita
harus mencontohi mereka dengan mengutamakan kebersihan alam sekeliling. Yang
perlu kita pastikan ialah usaha tersebut adalah tanggungjawab semua kerana
bersama kita teguh, bercerai kita roboh..
Industri
pelancongan ialah salah satu penjana ekonomi negara. Kita tidak sepatutnya
berpeluk tubuh dan menolak tanggungjawab sepenuhnya kepada pihak kerajaan. Kita
wajar bekerjasama “bagai aur dengan tebing” bagi merealisasikan visi negara
untuk menjadi salah satu daripada destinasi pelancongan yang terkenal di mata
dunia.
Maaf...bersatu kita teguh, bukan bersama kita teguh...
ReplyDeleteTerima kasih atas teguran... ��
DeleteTetima kasih sebab bantu saya buat karangan...
ReplyDelete