Wednesday, December 5, 2012

Peranan Masyarakat Untuk Memajukan Industri Pelancongan Negara- Steven K




 Lihatlah samudera luas yang jernih, hutan yang mempunyai flora dan fauna serta kepelbagainan kaum yang terdapat di negara kita. Pada pandangan saya, faktor-faktor ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai kelebihan untuk menjadi sebuah negara tarikan pelancongan yang strategik. Selaras dengan kempen Tahun Melawat Malaysia, kerajaan telah menjalankan pelbagai aktiviti untuk meningkatkan kemasukan pelancong ke Negara kita. Selain kerajaan, rakyat juga mempunyai peranan penting dalam memajukan sektor tersebut.
Malaysia ialah sebuah negara yang terdiri daripada berbilang kaum seperti Melayu,Cina,India dan kaum peribumi. Masyarakat Malaysia harus mengekalkan adat yang diwarisi secara turun temurun. Ini kerana salah satu faktor utama yang menjadi tarikan para pelancong ke negara kita ialah tradisi pelbagai kaum yang terdapat di negara kita. Program seperti persembahan tarian yang berorientasikan pelbagai budaya yang terdapat di Malaysia perlu diteruskan.
Selain itu, masyarak sewajarnya meningkatkan kemahiran sosial. Kemahiran berkomunikasi secara interpersonal adalah faktor yang penting untuk memajukan sector pelancongan negara kita. Justeru, kemahiran tersebut harus dipraktikkan sejak kecil lagi, kerana melentur buluh biralah dari rebungnya. Sementara itu, rakyat juga harus mengutamakan cara memberi layanan dan perkhidmatan kepada pelancong asing kerana perkhidmatan berkualiti tinggi mencerminkan keperibadian kita yand mulia.
Di samping itu, kebersihan sesebuah negara juga dapat meningkatkan imej negara. Beberapa negara maju seperti Jepun dan Singapura amat menitikberatkan faktor kebersihan negara demi keselesaan pelancong dan dan rakyat tempatan. Jadi kita harus mencontohi mereka dengan mengutamakan kebersihan alam sekeliling. Yang perlu kita pastikan ialah usaha tersebut adalah tanggungjawab semua kerana bersama kita teguh, bercerai kita roboh..
Industri pelancongan ialah salah satu penjana ekonomi negara. Kita tidak sepatutnya berpeluk tubuh dan menolak tanggungjawab sepenuhnya kepada pihak kerajaan. Kita wajar bekerjasama “bagai aur dengan tebing” bagi merealisasikan visi negara untuk menjadi salah satu daripada destinasi pelancongan yang terkenal di mata dunia.

3 comments:

  1. Maaf...bersatu kita teguh, bukan bersama kita teguh...

    ReplyDelete
  2. Tetima kasih sebab bantu saya buat karangan...

    ReplyDelete