Thursday, March 8, 2012

Ciri-Ciri Seseorang Pelajar Yang Cemerlang- Lim Wei Liang

Pelajar yang ingin menjadi pelajar cemerlang perlulah mempunyai cirri-ciri yang tertentu. Pencapaian akademik semata-mata tidak cupuk untuk menjadikan seseorang itu cemerlang dalam hidup.

Pelajar cemerlang ialah pelajar yang bukan sahaja perlu cemerlang dalam aspek akademik tetapi jaga aspek kokurikulum. Mereka perlulah bergiat dalam aspek ko-kurikulum seperti menyertai kelab dan persatuan. Melalui penglibatan mereka dalam kelab dan persatuan, daya kepimpinan serta semangat berpasukan dapat dipupuk. Pelajar haruslah proaktif bukan sahaja di dalam kelas tetapi juga semasa menuntut sagala ilmu pengetahuan.

Selain itu, pelajar yang cemerlang perlu mempunyai etika atau personalitiyang luhur.Pelajar yang cemerlang hendaklah diberi ajaran pendidikan agama dan rebungnya. Pelajar yang berbudi bahasa, bersahsiah mulia dan berkasih sayang akan menjadi pemimpin masa hadapan yang berwibawa dan berkaliber.

Di samping itu, pelajar yang cemerlang semestinya memilikivdaya kreatif dan inovatif. Mempunyai otak yang cerdas adalah ciri yang penting untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Pemikiran yang kreatif dan inovatif akan membantu seseorang semasa menyelesaikan masalah dan membuat pilihan.

Kesimpulannya, seorang pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang mempunyai disiplin diri dan holistic dalam semua aspek kehidupannya. Semua pihak terutamanya pihak sekolah dan pihak sekolah dan pihak ibu bapa perlulah memahami kenyataan ini supaya tidak meletakkan harapan yang tidak realistik ke atas para pelajar.

No comments:

Post a Comment