Thursday, March 8, 2012

Cara-cara Menyekat Penularan Virus Selesema Babi - Ryuk

Beberapa tahun yang lalu, penyakit selesema babi telah meragut ribuan nyawa di seluruh dunia. Penyakit ini berpotensi meragut jutaan nyawa jika tidak ditangani secara bijaksana. Penyebaran pandemik selesama babi sangat bahaya. Apakah cara yang perlu dilakukan untuk menyekat penularan wabak ini?

Kerajaan telah mewajibkan anggota-anggota masyarakat untuk memakai topeng muka. Hal ini dapat menyekat penularan virus selesama babi. Memakai topeng muka juga boleh mengelakkan orang yang dijangkiti wabak ini daripada memindahkan virus ini kepada orang lain. Masyarakat perlu memakai topeng muka terutamanya di kawasan yang sesak seperti stesen bas dan MRT dan tempat-tempat tertutup seperti syarikat-syarikat, kilang-kilang dan pengangkutan awan berhawa dingin.

Di samping itu, satu lagi cara untuk menyekat penyubaran pandemik selesema babi ialah kerap mencuci tangan. Kita perlu mencuci tangan dengan kaedah yang betul. Kita hendak mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan cuci tangan berasaskan alkohol. Contoh bahan cuci tangan berasaskan alcohol ialah Detol, Antabex dan sebagainya. Kita perlu cuci tangan sebelum makan, selepas pergi ke tandas dan sebelum menyediakan makanan.

Selain itu, institusi pendidikan juga perlu ditutup sekiranya terdapat individu yang disahkan menghisap penyakit selesema babi. Sekolah, institusi kemahiran, kolej atau institusi pendidikan tinggi perlu diarahkan untuk berhenti beroperasi dalam situasi begini. Kegagalan untuk berbuat demikian akan membawa kesan yang sangat serius dan menyebabkan orang ramai hidup dalam ketakutan.

Secara kesimpulannya, tindakan proaktif dan kesedaran semua pihak dapat menyekat penularan wabak ini. Kegagalan berbuat demikian oleh kerajaan akan menyebabkan nyawa jutaan manusia berada dalam bahaya.

No comments:

Post a Comment