Thursday, March 8, 2012

Kesan-Kesan Bencana Alam Terhadap Manusia - Lim Wei Liang

Pada zaman ini, bencana alam berlaku di serata dunia. Antara bencana yang sering dilapurkan berlaku sejak kebelakangan ini termasuklah gempa bumi, taufan, banjir, dan tanah runtuh. Bencana alam tersebut memberikan impak yang besar kepada manusia.

Salah satu kesan bencana alam ialah kemusnahan harta benda. Harta benda yang dimusnah meliputi harta benda peribadi, syarikat, perniagaan, harta benda milik kerajaan dan awam. Justeru, kerugian yang ditanggung oleh sesebuah Negara boleh mencecah jutaan ringgit bergantung pada tahap keseriusan bencana tersebut.

Selain itu, bencana alam meragut ribuan malah mencecah ratusan ribu nyawa. Mangsa meninggal dunia akibat kecedaraan parah, lemas, dan sebagainya. Sebagai contoh, kejadian tsunami pada tahun 2004 telah meragut lebih 200 ribu nyawa di Indonesia.

Di samping itu, bencana alam juga boleh menjejaskan ekonomi sesebuah tempat dan Negara. Kemudian infrastruktur yang berlaku menyebabkan aktiviti ekonomi terjejas.

Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama untuk mengurangkan impak negative akibat bencana alam yang berlaku. Pihak berwajib perlu membuat kajian tentang punca dan cara untuk mengelakkan sesetengah kejadian bencana alam. Pihak berkuasa semestinya berganding bahu menjaga alam sekitar agar ekosistemnya sentiasa stabil.

4 comments: