17 Oktober 2012,
Menemui saudari Nicole yang berada di Kampong Sungai Lebong , Pahang .
Saudari ,
Apa khabar saudari? Saya berdoa semoga saudari sihat sejahtera. Saya di sini sihat-sihat sahaja disamping keluarga .Saya memohon maaf kerana lewat membalas surat saudari. Kebetulan pada minggu lalu, saya ada projek yang perlu disiapkan.
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya bercuti bersama keluarga saya di Pulau Pinang pada musim cuti yang lalu.
Pulau Pinang ialah sebuah tempat peranginan yang mempunyai banyak makanan dan tempat-tempat yang menarik. Pulau Pinang merupakan sebuah tempat yang padat dengan penduduk .
Saya dan keluarga saya telah menaiki kapal terbang ke Pulau Pinang. Lapangan terbang Pulau Pinang baru siap diubahsuai . Lapangan terbang itu bukan sahaja besar dan cantik, malah bersih .
Setiba kami di pulau tersebut , kami sekeluarga pergi ke hotel yang kami tempah di internet awal-awal lagi. Kami menetap di sana selama empat hari . Setibanya kami di bilik hotel, kami pun meletak bagasi-bagasi kami, mandi lalu keluar membeli-belah. Kami balik ke hotel pada lewat petang selepas makan malam.
Pada hari kedua, kami menaiki teksi ke Batu Feringghi untuk bermandi-manda di laut . Perjalanan kami mengambil masa 1 jam. Selepas mengeluarkan barang yang dibawa di atas tikar, kami segera menukar baju renang kami lalu bermandi-manda di dalam laut . Kami juga menyewa sebuah bot laju untuk bermain di laut . Selepas puas bermain dan bersantai, kami pun balik ke hotel .
Pada hari ketiga , kami berjalan kaki ke sebuah kompleks membeli-belah yang berdekatan hotel kami . Kompleks itu sungguh besar dan cantik . Kami sekeluarga sangat suka membeli-belah . Oleh itu, tidak hairan kami sekeluarga dapat meluangkan masa sepanjang hari di sana.
Pada hari keempat, kami sekeluarga bangun awal pagi dan bersiap-siap untuk pulang ke Kuala Lumpur. Ayah memujuk adik dan saya yang kelihatan sungguh berat hati untuk meninggalkan Pulau Pinang. Ayah berjanji untuk membawa kami sekeluarga untuk datang ke sini lagi pada cuti yang akan datang.
Itu saja coretan saya untuk kali ini. Semoga saudari seronok membaca pengalaman cuti saya di Pulau Pinang. Beserta surat ini saya sertakan sekeping gambar yang saya ambil bersama keluarga saya di Quensbay Mall, kompleks membeli-belah terbesar di Malaysia.
Yang benar,
Joycelyn.
How many words in total
ReplyDeleteTq
ReplyDeleteGOOD
ReplyDelete