Pada zaman kontemporari ini, kepentingan sukan semakin dipandang remeh. Sebagai pelajar, pencapaian akademik terlalu dititikberatkan pada zaman ini. Sebenarnya, sukan membawa banyak faedah kepada kehidupan kita.
Kerajaan melalui pihak sekolah telah mengambil pelbagai langkah untuk menggalakkan pelajar untuk bersukan. Program 1 murid 1 sukan ialah salah satu program yang telah dilancarkan di sekolah.
Bersukan boleh menyihatkan badan. Bersukan dapat meningkatkan kadar peredaran darah dalam badan kita. Bersukan juga boleh mengurangkan risika penyakit kencing manis, penyakit jantung dan kadar kolestol dalam darah. Justeru ibu bapa perlulah menasihati anak mereka untuk melibatkan diri secara aktif dalam bidang sukan.
Di samping itu, akitiviti bersukan juga boleh membantu kita untuk mengenali rakan baru. Dengan cara ini, kita dapat belajar untuk berinteraksi dengan orang lain. Hal ini dapat menguatkan kita dengan orang lain. Aktiviti memupuk semangat kejiranan dan perpaduan.
Seterusnya, bidang sukan juga telah membantu mengharumkan nama Negara. Ahli-ahli sukan seperti Datuk Lee Chong Wei, Pasukan Bola Sepak Malaysia dan Nicol David ialah contoh beberapa individu yang telah mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. Pelajar perlulah digalakkan minat bersukan untuk mengcungkil bakar mereka dalam bidang tersebut.
Malah, sesetengah sukan dapat memupuk semangat berpasukan. Sukan berpasukan dapat membina persefahaman antara ahli kumpulan. Ini secara langsung mengajar masyarakat untuk memiliki semangat bergotong-royong dan mudah bekerjasama dengan ahli lain. Dengan ini, dapat mengasilkan berisan pemimpin yang berkaliber dan tahu mengurangkan orang-orang bawahnya.
Sementara itu, bersukan dapat meningkatkan produktiviti Negara. Masyarakat yang minat bersukan akan menjadi masyarakat yang sihai. Tenaga pekerja yang sihat tidak mudah jauh sakit, seterusnya operasi dalam syarikat dapat berjalan lancar.
Kesimpulannya, pihak berwajib perlu berganding bahu membantu membuka peluang dan menggalak rakyat supaya bersukan. Kerajaan perlu menitikberatkan usaha ini untuk melahirkan generasi akan datang yang lebih cerdas dan cergas.
No comments:
Post a Comment