Wednesday, March 7, 2012

Kewajaran membeli barangan buatan Malaysia – Ong Jun Jie

Kerajaan melalui agensi yang bertanggungjawab telah menjalankan kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia semula selepas dunia berhadapan dengan ketidaktentuan ekonomi. Kempen ini pernah dilancarkan sesuatu ketika dahulu iaitu pada tahun 1998.

Salah satu kewajaran membeli barangan buatan Malaysia ialah kualiti barangan buatan Malaysia yang setauding dengan barangan yang diimport dari luar negara. Salah satu contoh ialah kereta keluaran Negara kita yang telah menerima pengiktirafan daripada rakyat dan pertubuhan dari negara luar. Selain itu, kualiti kereta nasional standing malah lebih berkualiti daripada sesetengah kereta buatan luar Negara.

Kita sebagai rakyat Malaysia, mesti membeli barangan buatan negara kita untuk mencerminkan jati diri kita. Membeli produk negara sendiri membuktikan semangat cinta akan negara sendiri. Rakyat negara yang cinta akan negara akan sentiasa mengutamakan produk negara sendiri berbanding produk luar negara.

Di samping itu, kita juga dapat mengukuhkan ekonomi negara kita dengan membeli barangan buatan negara kita. Ini dapat menolong menjanakan ekonomi negara dalam keadaan ekonomi dunia yang gawat ini. Ini juga dapat mengurangkan import kenderaan dari negara luar.

Kesimpulannya, orang ramai diseur agar mengutamakan barangan buatan Malaysia. Selain menyokong sananan tempatan membeli barangan tempatan dapat mengurangkan pengaliran keluar mata wang.

No comments:

Post a Comment