Wednesday, March 7, 2012

Faedah-Faedah Menggunakan Blog dan Laman Sesawang- Ong Jun Jie

Laman blog dan laman sesawang kini kian popular dalam kalangan anggota masyarakat. Banyak anggota masyarakat telah memiliki laman blog sendiri. Masyarakat memanfaatkan teknologi terkini ini untuk pelbagai tujuan.

Laman sesawang dan laman blog boleh digunakan untuk menyebarkan maklumat alternatif. Blog boleh menjadi medium popular untuk memindahkan maklumat kepada orang ramai. Maklumat dapat disebarkan dengan pantas. Kita tidak perlu lagi pergi ke perpustakaan awam untuk mendapat maklumat yang diperlukan.

Pengguna juga boleh menghasilkan diari maya dengan menggunakan laman sesawang dan laman blog. Laman sesawang dan laman blog digunakan oleh anggota masyarakat untuk berkongsi cerita dan pengalaman peribadi dengan pelayar internet yang lain. Diari maya sangat berbeza daripada keadah konvensional yang mengambil masa untuk diterbitkan.

Banyak orang mengunakan laman sesawang dan laman blog untuk menjanakan pendapatan dengan menjual barang melalui laman sesawang sepesti ‘youtube’, ‘facebook’, ‘blogspot’ dan sebagainya.

Laman sesawang dan laman blog merupakan medium yang sangat biasa dalam masyarakat. Medium itu penting untuk menyebarkan maklumat dan pada masa yang sama dapat menjanakan pendapatan individu yang berani menerokai kepelbagaian fungsinya. Anggota masyarakat wajar memanfaatkan inovasi terkini dalam kehidupan sehari-hari untuk memudahkan pekerjaan yang perlu dilaksanakan.

No comments:

Post a Comment