Wednesday, March 7, 2012

Gotong-Royong di Sekolah- Lee Yee Ching

Pada hari Sabtu yang lalu,sekolah kami mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kelas masing-masing kerana cuti sekolah akan tiba tidak lama lagi.Kami berasa amat teraju dengan aktiviti itu.

Guru kelas kami menyuruh kami membawa kain buruk,baldi,penyapu, dan sebagainya ke sekolah.

Pada awal pagi,kami berkumpul di kelas.Kemudian,kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada dua orang pelajar.

Mula-mula,kami mendengar arahan guru. Selepas itu, kami pun mula bekerja. Ai Yin dan Yi Mei menyapu lantai dengan menggunakan penyapu. Ah Meng memadam papan hitam sehingga bersih. Tze Yan dan saya pula mengelap tingkap dengan menggunakan kain buruk. Chee Seng membuang sampah ke dalam tong sampah. Kami bekerja dengan berhati-hati.

Selepas selesai bergotong royong,kelas kami kelihatan bersih dan kemas. Kami berasa sangat gembira.Guru kami juga membelanja kami makan di kantin.Selepas itu,kami pun pulang ke rumah masing-masing.

No comments:

Post a Comment