Malaysia merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di
dunia. Saban tahun, jumlah pelancong yang direkodkan semakin bertambah bukan
sahaja pelancong dari negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Indonesia
malah turut menjadi tumpuan pelancong asing dari Asia Barat, Eropah dan Amerika
Syarikat. Industri pelancongan ini juga mempunyai potensi besar dan mampu
dijadikan sumber ekonomi baharu yang menguntungkan. Justeru, banyak syarikat
besar yang tumbuh “bak cendawan selepas hujan” mahupun agensi kerajaan yang
giat melaksanakan usaha bagi menarik pelancong berkunjung ke Malaysia.
Sebenarnya terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan Malaysia menjadi tumpuan
pelancong.
Antara faktor tersebut adalah kerana Malaysia mempunyai
banyak tempat menarik untuk dilawati. Tempat menarik tersebut lazimnya menjadi
tumpuan pelancong asing yang berkunjung ke negara kita. Sebagai contohnya,
Malaysia memiliki kawasan
rekreasi di tanah tinggi yang mempunyai suhu sejuk seperti Cameron
Highlands dan Genting Highlands. Di kawasan ini, para pelancong dapat menikmati keindahan alam semula
jadi yang unik di samping melihat pelbagai tanaman hawa sederhana iaitu
sayur-sayuran serta buah-buahan tropika. Malaysia juga mempunyai hutan semula jadi iaitu
hutan hujan Khatulistiwa yang berusia lebih dua juta tahun. Di kawasan hutan
semula jadi ini pelancong dapat menjalankan aktiviti riadah sambil menikmati
keindahannya mahupun menjalankan kajian tentang flora dan fauna yang terdapat
di situ. Justeru, kewujudan kawasan reakrasi seperti ini dapat menarik pelancong dari dalam dan
dari luar negara.
Selain itu, perkembangan industri pelancongan di negara kita
juga disebabkan oleh keadaan iklim
semula jadinya yang panas sepanjang tahun. Corak iklim seperti ini amat
digemari oleh pelancong asing khususnya pelancong dari negara-negara barat seperti negara Eropah dan Amerika Syarikat.
Ramai pelancong barat yang mengambil kesempatan bercuti di Malaysia untuk
berjemur di bawah sinaran matahari terik terutamanya di kawasan pantai yang
terdapat di Malaysia. Hal ini disebabkan juga oleh keadaan pantai yang terdapat
di Malaysia amat cantik, bersih dan berpasir putih. Di kawasan pantai ini juga
disediakan pelbagai
aktiviti untuk para pelancong seperti berkayak, berperahu layar mahupun
mandi-manda. Oleh itu, keistimewaan tersebut berjaya menambat hati para pelancong untuk terus
berkunjung ke negara kita.
Di samping itu, perkembangan industri pelancongan di negara
kita juga turut disebabkan oleh kewujudan banyak pulau yang indah dan menarik. Di antara pulau
yang menjadi tumpuan para pelancong di negara kita termasuklah Pulau redang,
Pulau Kapas dan Pulau Tioman. Kemudahan prasarana di kawasan ini dijaga dengan rapi bagi
memastikan kawasan ini sentiasa bersih dan selesa untuk kunjungan para
pelancong. Para pelancong juga akan dapat merasai “syurga dunia” dengan
melakukan aktiviti skuba di kawasan
batu karang yang terletak di Pulau Kapas sehingga diakui sebagai satu
daripada tujuh keajaiban dunia. Bagi memastikan pelancong dapat menikmati
keindahan semula jadi di kawasan pulau tersebut, kerajaan telah mewartakan kawasan itu sebagai Taman Laut.
Jadi, dengan adanya keistimewaan tersebut, Malaysia dapat menarik lebih ramai
pelancong yang sekaligus dapat menjana kemajuan industri pelancongan negara.
Pada masa yang sama, kemajuan industri pelancongan tanah air
dibantu oleh wujudnya keunikan
warisan budaya di negara kita. Memandangkan Malaysia merupakan sebuah
negara yang memiliki masyarakat
majmuk maka pelbagai budaya menarik terdapat di sini. Gabungan budaya
masyarakat Melayu, Cina dan India telah berjaya meningkatkan kunjungan
pelancong asing ke Malaysia. Kaum Melayu umpamanya terkenal dengan tarian inang
dan zapin manakala kaum Cina pula terkenal dengan tarian naga. Selain itu,
Malaysia juga kaya dengan pelbagai makanan tradisional yang dapat dinikmati
oleh para pelancong. Masyarakat Melayu misalnya terkenal dengan makanan seperti
Sate, ketupat dan rendang manakala kaum India pula terkenal dengan masakan
kari, tosai, idali dan lain-lain. Justeru keunikan budaya masyarakat di
Malaysia telah berjaya menjadi daya tarikan kepada para pelancong untuk berkunjung ke negara
kita.
Peranan pihak
kerajaan dan agensi kerajaan yang
berkaitan dengan pelancongan juga turut memajukan sektor pelancongan di
Malaysia. Sebagai contohnya, Kementerian Pelancongan telah mengadakan pelbagai pertunjukan kebudayaan
dan destinasi pelancongan Malaysia ke beberapa buah negara sebagai usaha
mempromosikan Malaysia
kepada pelancong asing. Tumpuan promosi bukan sahaja terhad ke negara-negara
Eropah atau Amerika Syarikat malah meliputi semua negara di dunia termasuk di
Asia Barat dan di Asia Timur. Pada masa yang sama, kerajaan juga turut
mengadakan pelbagai
aktiviti tahunan bagi menarik lebih ramai pelancong seperti mengadakan Pesta Flora Kuala Lumpur, Pesta
Makanan Tradisional Malaysia, sukan Le Tour De Langkawi dan sebagainya.
Malaysia juga turut memperkenalkan
konsep pelancongan baru seperti “ekopelancongan”, “agrotourism”, pelancongan
perubatan, pelancongan pendidikan dan lain-lain. Dengan usaha yang
berterusan ini maka sektor pelancongan di Malaysia semakin berkembang maju.
Intihanya, sektor pelancongan merupakan sektor baru yang berpotensi untuk menyumbang pada ekonomi negara.
Industri ini masih perlu diterokai kerana “kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”.
Justeru, peranan kerajaan dan agensi pelancongan berserta dengan kerjasama
daripada semua masyarakat adalah amat diperlukan. Semoga melalui keprihatinan
dan rasa bertanggungjawab dan cinta akan negara, nama Malaysia akan menjadi sebutan dan tumpuan utama
seluruh penduduk dunia untuk berkunjung sambil merehatkan minda mereka.

kari, tosei, idali dan lain-lain. Justeru keunikan budaya masyarakat di

No comments:
Post a Comment