Sunday, March 3, 2013

Cara Berkesan Mengulangkaji Komsas


Cikgu perasan banyak antara kalangan pelajar yang kurang minat dengan pembelajaran Komsas dan cikgu rasa buku komik ini sedikit sebanyak dapat membantu para pelajar- pelajar sedemikian.  Cikgu ingin mengingatkan para pelajar agar tidak bergantung sepenuhnya terhadap buku ini semata-mata dalam proses pembelajaran Komsas kerana terdapat aspek kesusasteraan yang perlu kita fahami dengan lebih mendalam semasa mengkaji Komsas.  Buku ini sesuai sebagai langkah pertama untuk membantu para pelajar menangkap idea keseluruhan sesuatu teks kesusasteraan dan juga semasa pelajar membuat ulangkaji seimbas lalu sebelum peperiksaan- sekadar untuk membantu pelajar mengimbas kembali teks-teks yang telah dipelajari sebelum ini, khasnya komponen sastera drama, cerpen dan prosa tradisional.

No comments:

Post a Comment