Hujan lebat dengan tidak berhenti-henti selama dua hari. Tidak lama selepas itu, kampung kami telah ditenggelami air. Rumah yang terletak tidak jauh dari sungai pun telah ditenggelami air.
Banyak rumah yang berdekatan rumah kami dan jalan raya telah ditenggelami air. Banyak penduduk kampong mula mengemas barang-barang yang penting dan bersedia untuk berpindah. Kelihatan banyak harta benda terapung di atas air.
Tiba-tiba, saya terdengar suara seorang wanita tidak jauh dari kami meminta tolong. Sya memalingkan kepala dan terlihat seorang wanita sedang terkapai-kapai di atas air. Saya segera memberitahu ayah. Ayah saya dengan segera membaling seutas tali kepada wanita itu. Wanita itu menangkap tali itu dan kami menarik tali itu dengan sekuat hati.
Wanita itu sangat bersyukur kerana telah diselamatkan. Dia menggigil kesejukan. Tidak lama kemudian, pasukan penyelemat pun tiba. Mereka menghantar kami ke pusat pemindahan sementera dengan menggunakan motobot. Mangsa-mangsa banjir telah ditempatkan dib balai raya.
Kami telah diberi makanan dan pakaian di sana. Mangsa-mangsa banjir yang sakit diberi ubat-ubatan. Kami amat bersyukur kerana telah diselematkan dan ditempatkan di tempat yang selamat.
Selepas air surut, kami dibenrakan pulang ke rumah masing-masing. Saya dan keluarga saysa berasa sangat sedih kerana banyak perabot di rumah kami telah musnah. Namun begitu, kami bersyukur kerana tiada kecederaan dan kematian yang disebabkan oleh banjir air.
No comments:
Post a Comment