Wednesday, December 7, 2011

Kepentingan Membaca- Dennis Ooi

gambar hiasan dari : oxbridgeessays.com

Amalan membaca perlu dipupuk dalam kalangan semua masyarakat. Kini murid-murid tidak minat akan membaca buku dan ini telah menarik keputusan mereka menurun. Ini telah membimbangkan para guru di sekolah.

Membaca boleh meningkatkan penguasaan bahasa. Ini dilakukan apabila kita membaca bahan bacaan berkualiti. Ini akan membantu kita dalam membina ayat semasa menulis karangan. Selain itu, membaca juga boleh menambahkan kosa kata kita. Selain itu, membaca boleh mengurangkan tekanan kita dengan membaca buku-buku komik yang melucukan. Ini boleh membantu kita merehatkan otot dan seterusnya mengurangkan tekanan kita.

Mengisi masa lapang juga adalah salah satu kepentingan membaca. Ini kerana apabila kita membaca kita tidak akan mempunyai masa untuk bergaul dengan kawan-kawan yang bersikap negative. Ini akan menjauhi kita daripada gejala yang buruk. Masa lapang juga boleh digunakan semasa menunggu bas, cuti sekolah dan lain-lain.

Akhir sekali membaca juga boleh menambah ilmu pengetahuan. Kita boleh membaca bahan bacaan elektronik di Internet seperti e-book, artikel dan lain-lain lagi. Di samping itu, menambah ilmu pengetahuan termasuklah ensiklopedia, sains dan sastera dan banyak lagi.

Jelas sekali membaca mempunyai banyak kepentingan. Saya berharap semua orang akan mula membaca sebagai sesuatu hobi yang baik.

No comments:

Post a Comment