Saturday, November 12, 2011

Surat rasmi: Undangan Ke Majlis Hari Guru Peringkat Sekolah.- Dylan Lim

Setiausaha Majlis Sambutan Hari Guru,

Sekolah Menengah Kebangsaan Heng Ee,

11700 Jalan Hamilton,

Pulau Pinang.

Encik Wong Chee Leong

33, Jalan Pantai Jerjak 8,

Sungai Nibong,

11900 Bayan Lepas,

Pulau Pinang 2 APRIL 2011

Tuan,

Undangan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Saya Dylan Lim, setiausaha Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2011 ingin mengundang tuan untuk hadir ke majlis sambutan Hari Guru.

2. Kedatangan tuan akan memberi makna besar kepada warga sekolah. Kami meminta tuan agar boleh memberikan sepatah dua kata dan nasihat kepada pelajar-pelajar. Nasihat-nasihat tuan akan dijadikan sebagai panduan dan tunjuk ajar yang berkesan kepada para pelajar dan guru.

3. Sambutan Hari Guru akan dianjurkan pada 16 Mei 2011, iaitu hari Jumaat. Sambutan tersebut akan bermula tepat pada pukul 9.00 pagi. Majlis tersebut akan diadakan di dalam dewan sekolah dan akan dihadiri oleh semua pelajar dan guru sekolah.

4. Oleh itu, kami berharap agar tuan akan menghadiri sambutan ini. Kami percaya bahawa kehadiran tuan dapat menaikkan semangat murid untuk berjaya dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas segala kerjasama yang diberikan. Harapan agar majlis tersebut akan bertambah seri dengan kehadiran tuan. Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Dylan

(DYLAN LIM THEAN SHEN)

Setiausaha,

Setiausaha Majlis Sambutan Hari Guru 2011

Sekolah Menengah Kebangsaan Heng Ee.

No comments:

Post a Comment