Monday, October 31, 2011

Remaja Berwawasan- Lim Wei Ren

Soalan: Kejayaan seseorang bermula daripada impian dan cita-cita. Sebagai remaja yang berwawasan, jelaskan usaha-usaha yang anda lakukan dalam memastikan impian tersebut menjadi kenyataan.
ikhsan daripada : bestessays1.wordpress.com

Golongan remaja pada hari ini bakal mewarisi kepimpinan negara pada masa hadapan. Untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, pelajar mesti pandai menguruskan diri. Hal ini membantu mereka membuat persediaan menempah pelbagai cabaran.

Remaja perlulah belajar menguruskan masa mereka. Remaja boleh menggunakan masa secara optimum untuk menyediakan jadual waktu aktiviti harian. Ini boleh membantu remaja untuk menggunakan masa yang ada untuk aktiviti yang berfaedah dan tidak membazirkan masa.

Di samping itu, pengurusan penampilan diri juga amat penting. Remaja perlu didedahkan dengan cara penampilan dan belajar menguruskan pakaian serta perwatakan. Hal ini boleh menjadi remaja sentiasa sopan, bersih dan kemas boleh mudah belajar kerana disukai rakan dan guru.

Selain itu, golongan remaja perlu dilengkapi dengan kebolehan pengurusan persekitaran. Pelajar yang cemerlang mesti pandai menjaga persekitaran seperti bilik tidur dan tempat belajar agar sentiasa kemas dan bersih. Hal ini boleh mewujudkan suasana yang kondusif untuk belajar.

Usaha terakhir ialah aspek pengurusan perhubungan. Remaja perlu belajar untuk membina hubungan yang baik dengan rakan-rakan dan guru-guru. Pengurusan perhubungan yang baik memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini boleh menyumbang kepada kebolehan komunikasi yang berkesan dalam kalangan remaja.

Remaja adalah golongan yang bakal mewarisi kepimpinan negara pada masa hadapan. Seperti kata pepatah, 'pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara'. Pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik semata-mata tidak cukup untuk membentuk pemimpin pada masa hadapan. Remaja pada hari ini juga perlu dilengkapi dengan pelbagai aspek pengurusan diri.

No comments:

Post a Comment