Diari Bahasa Melayu
Wednesday, September 2, 2015
Fokus Soalan Rumusan BM PT3 2015
Topik : Taman rekreasi / Senaman / Gaya Hidup Sihat / Riadah
Tempat-tempat atau kawasan-kawasan rekreasi penting bagi masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat. Kerajaan dan pihak pemaju perumahan atau bandar-bandar baharu perlu menyediakan tapak-tapak khusus untuk taman-taman rekreasi dalam semua projek pembangunan. Hal ini penting bagi mendorong masyarakat setempat untuk melakukan aktiviti-aktiviti fizikal demi menjaga kesihatan diri dan kesejahteraan masyarakat. Perkara ini perlu dipandang serius memandangkan tahap kesihatan masyarakat kita yang kian merosot. Kini, banyak rakyat Malaysia yang dilanda pelbagai penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung. Situasi ini secara langsung berpunca daripada kadar obesiti dan kolesterol yang tinggi dalam kalangan masyarakat. Fenomena ini secara langsung berkaitan dengan kurangnya aktiviti fizikal tidak kira dalam kalangan golongan tua atau pun yang muda. Jadi, sudah tiba masanya masyarakat dan kerajaan berganding bahu bersama-sama dengan pemaju-pemaju projek pembangunan demi mewujudkan kawasan khas agar segenap lapisan masyarakat berupaya bersenam secara tetap.
Fokus Soalan BM SPM 2015
Skop penting bagi karangan / rumusan / pemahaman / KBAT
- KEPENTINGAN sektor pertanian
- LANGKAH-LANGKAH bagi memajukan bidang pertanian
KEPENTINGAN SEKTOR PERTANIAN
- mewujudkan peluang pekerjaan
- mewujudkan peluang perniagaan
- memajukan kawasan tanah terbiar
- memajukan kawasan desa / luar bandar
- mengurangkan jurang kemajuan antara bandar dengan luar bandar
- mengurangkan migrasi penduduk dari kawasan luar bandar ke bandar
- memungkinkan pemindahan teknologi dari negara-negara yang maju
LANGKAH-LANGKAH memajukan pertanian
- peranan kerajaan – memberi galakan, bantuan modal, teknologi, khidmat nasihat kepada petani
- peranan pihak swasta – meningkatkan pelaburan dalam bidang pertanian, mengimport teknologi luar, memperhebat penyelidikan dan pembangunan, memodenkan bidang pertanian, menarik minat golongan muda untuk mneyertai sektor pertanian
- peranan masyarakat petani – mengubah sikap, meningkatkan produktiviti, mengemaskinikan diri dengan teknologi terkini

Sunday, December 28, 2014
Saturday, November 1, 2014
Soalan Karangan Ramalan BM SPM 2014
1. Sektor pelancongan merupakan salah satu industri perkhidmatan terpenting di negara kita. Bincangkan faktor-faktor yang merangsang perkembangan industri pelancongan tersebut.
2. Malaysia merupakan destinasi pelancongan yang popular kerana
mempunyai tarikan dan keunikan yang tersendiri.
Bincangkan.
3. Menabung amat penting untuk menjamin kehidupan pada
masa hadapan.
Apakah peranan ibu bapa dalam memastikan amalan
menabung menjadi budaya masyarakat kita?
Huraikan
langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.
5. Mutu pengangkutan awam di negara
kita perlu ditingkatkan. Pada pendapat
anda, apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk meningkatkan mutu
pengangkutan awam di negara kita?
6. Kebanyakan negara di dunia memberi
keutamaan kepada industri pelancongan.
Jelaskan kesan kemajuan industri pelancongan kepada sesebuah negara.
Sektor pelancongan merupakan salah satu industri perkhidmatan terpenting di negara kita. Bincangkan faktor-faktor yang merangsang perkembangan industri pelancongan tersebut.
Malaysia merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di
dunia. Saban tahun, jumlah pelancong yang direkodkan semakin bertambah bukan
sahaja pelancong dari negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Indonesia
malah turut menjadi tumpuan pelancong asing dari Asia Barat, Eropah dan Amerika
Syarikat. Industri pelancongan ini juga mempunyai potensi besar dan mampu
dijadikan sumber ekonomi baharu yang menguntungkan. Justeru, banyak syarikat
besar yang tumbuh “bak cendawan selepas hujan” mahupun agensi kerajaan yang
giat melaksanakan usaha bagi menarik pelancong berkunjung ke Malaysia.
Sebenarnya terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan Malaysia menjadi tumpuan
pelancong.
Antara faktor tersebut adalah kerana Malaysia mempunyai
banyak tempat menarik untuk dilawati. Tempat menarik tersebut lazimnya menjadi
tumpuan pelancong asing yang berkunjung ke negara kita. Sebagai contohnya,
Malaysia memiliki kawasan
rekreasi di tanah tinggi yang mempunyai suhu sejuk seperti Cameron
Highlands dan Genting Highlands. Di kawasan ini, para pelancong dapat menikmati keindahan alam semula
jadi yang unik di samping melihat pelbagai tanaman hawa sederhana iaitu
sayur-sayuran serta buah-buahan tropika. Malaysia juga mempunyai hutan semula jadi iaitu
hutan hujan Khatulistiwa yang berusia lebih dua juta tahun. Di kawasan hutan
semula jadi ini pelancong dapat menjalankan aktiviti riadah sambil menikmati
keindahannya mahupun menjalankan kajian tentang flora dan fauna yang terdapat
di situ. Justeru, kewujudan kawasan reakrasi seperti ini dapat menarik pelancong dari dalam dan
dari luar negara.
Selain itu, perkembangan industri pelancongan di negara kita
juga disebabkan oleh keadaan iklim
semula jadinya yang panas sepanjang tahun. Corak iklim seperti ini amat
digemari oleh pelancong asing khususnya pelancong dari negara-negara barat seperti negara Eropah dan Amerika Syarikat.
Ramai pelancong barat yang mengambil kesempatan bercuti di Malaysia untuk
berjemur di bawah sinaran matahari terik terutamanya di kawasan pantai yang
terdapat di Malaysia. Hal ini disebabkan juga oleh keadaan pantai yang terdapat
di Malaysia amat cantik, bersih dan berpasir putih. Di kawasan pantai ini juga
disediakan pelbagai
aktiviti untuk para pelancong seperti berkayak, berperahu layar mahupun
mandi-manda. Oleh itu, keistimewaan tersebut berjaya menambat hati para pelancong untuk terus
berkunjung ke negara kita.
Di samping itu, perkembangan industri pelancongan di negara
kita juga turut disebabkan oleh kewujudan banyak pulau yang indah dan menarik. Di antara pulau
yang menjadi tumpuan para pelancong di negara kita termasuklah Pulau redang,
Pulau Kapas dan Pulau Tioman. Kemudahan prasarana di kawasan ini dijaga dengan rapi bagi
memastikan kawasan ini sentiasa bersih dan selesa untuk kunjungan para
pelancong. Para pelancong juga akan dapat merasai “syurga dunia” dengan
melakukan aktiviti skuba di kawasan
batu karang yang terletak di Pulau Kapas sehingga diakui sebagai satu
daripada tujuh keajaiban dunia. Bagi memastikan pelancong dapat menikmati
keindahan semula jadi di kawasan pulau tersebut, kerajaan telah mewartakan kawasan itu sebagai Taman Laut.
Jadi, dengan adanya keistimewaan tersebut, Malaysia dapat menarik lebih ramai
pelancong yang sekaligus dapat menjana kemajuan industri pelancongan negara.
Pada masa yang sama, kemajuan industri pelancongan tanah air
dibantu oleh wujudnya keunikan
warisan budaya di negara kita. Memandangkan Malaysia merupakan sebuah
negara yang memiliki masyarakat
majmuk maka pelbagai budaya menarik terdapat di sini. Gabungan budaya
masyarakat Melayu, Cina dan India telah berjaya meningkatkan kunjungan
pelancong asing ke Malaysia. Kaum Melayu umpamanya terkenal dengan tarian inang
dan zapin manakala kaum Cina pula terkenal dengan tarian naga. Selain itu,
Malaysia juga kaya dengan pelbagai makanan tradisional yang dapat dinikmati
oleh para pelancong. Masyarakat Melayu misalnya terkenal dengan makanan seperti
Sate, ketupat dan rendang manakala kaum India pula terkenal dengan masakan
kari, tosai, idali dan lain-lain. Justeru keunikan budaya masyarakat di
Malaysia telah berjaya menjadi daya tarikan kepada para pelancong untuk berkunjung ke negara
kita.
Peranan pihak
kerajaan dan agensi kerajaan yang
berkaitan dengan pelancongan juga turut memajukan sektor pelancongan di
Malaysia. Sebagai contohnya, Kementerian Pelancongan telah mengadakan pelbagai pertunjukan kebudayaan
dan destinasi pelancongan Malaysia ke beberapa buah negara sebagai usaha
mempromosikan Malaysia
kepada pelancong asing. Tumpuan promosi bukan sahaja terhad ke negara-negara
Eropah atau Amerika Syarikat malah meliputi semua negara di dunia termasuk di
Asia Barat dan di Asia Timur. Pada masa yang sama, kerajaan juga turut
mengadakan pelbagai
aktiviti tahunan bagi menarik lebih ramai pelancong seperti mengadakan Pesta Flora Kuala Lumpur, Pesta
Makanan Tradisional Malaysia, sukan Le Tour De Langkawi dan sebagainya.
Malaysia juga turut memperkenalkan
konsep pelancongan baru seperti “ekopelancongan”, “agrotourism”, pelancongan
perubatan, pelancongan pendidikan dan lain-lain. Dengan usaha yang
berterusan ini maka sektor pelancongan di Malaysia semakin berkembang maju.
Intihanya, sektor pelancongan merupakan sektor baru yang berpotensi untuk menyumbang pada ekonomi negara.
Industri ini masih perlu diterokai kerana “kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”.
Justeru, peranan kerajaan dan agensi pelancongan berserta dengan kerjasama
daripada semua masyarakat adalah amat diperlukan. Semoga melalui keprihatinan
dan rasa bertanggungjawab dan cinta akan negara, nama Malaysia akan menjadi sebutan dan tumpuan utama
seluruh penduduk dunia untuk berkunjung sambil merehatkan minda mereka.

kari, tosei, idali dan lain-lain. Justeru keunikan budaya masyarakat di

Subscribe to:
Posts (Atom)