Wednesday, September 2, 2015

Fokus Soalan Rumusan BM PT3 2015


Topik : Taman rekreasi / Senaman / Gaya Hidup Sihat / Riadah
Tempat-tempat atau kawasan-kawasan rekreasi penting bagi masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat. Kerajaan dan pihak pemaju perumahan atau bandar-bandar baharu perlu menyediakan tapak-tapak khusus untuk taman-taman rekreasi dalam semua projek pembangunan. Hal ini penting bagi mendorong masyarakat setempat untuk melakukan aktiviti-aktiviti fizikal demi menjaga kesihatan diri dan kesejahteraan masyarakat. Perkara ini perlu dipandang serius memandangkan tahap kesihatan masyarakat kita yang kian merosot. Kini, banyak rakyat Malaysia yang dilanda pelbagai penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung. Situasi ini secara langsung berpunca daripada kadar obesiti dan kolesterol yang tinggi dalam kalangan masyarakat. Fenomena ini secara langsung berkaitan dengan kurangnya aktiviti fizikal tidak kira dalam kalangan golongan tua atau pun yang muda. Jadi, sudah tiba masanya masyarakat dan kerajaan berganding bahu bersama-sama dengan pemaju-pemaju projek pembangunan demi mewujudkan kawasan khas agar segenap lapisan masyarakat berupaya bersenam secara tetap.

No comments:

Post a Comment