Saturday, November 1, 2014

Soalan Karangan Ramalan BM SPM 2014


1. Sektor pelancongan merupakan salah satu industri perkhidmatan terpenting di negara kita. Bincangkan faktor-faktor yang merangsang perkembangan industri pelancongan tersebut.

2. Malaysia merupakan destinasi pelancongan yang popular kerana mempunyai tarikan dan keunikan yang tersendiri.
Bincangkan.

3. Menabung amat penting untuk menjamin kehidupan pada masa hadapan.
Apakah peranan ibu bapa dalam memastikan amalan menabung menjadi budaya masyarakat kita?

4. Setiap murid mempunyai  cita-cita tersendiri untuk berjaya dalam hidup termasuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam peperiksaan.
Huraikan langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.

5. Mutu pengangkutan awam di negara kita perlu ditingkatkan.  Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk meningkatkan mutu pengangkutan awam di negara kita?

6. Kebanyakan negara di dunia memberi keutamaan kepada industri pelancongan.  Jelaskan kesan kemajuan industri pelancongan kepada sesebuah negara.




No comments:

Post a Comment