Thursday, June 27, 2013

Maksud Frasa - Tingkatan 1



Menjalani mutasi
Perubahan genetik dalam sel
Untuk kelanjutan hidup
Bagi meneruskan kehidupan
Sistem penyaduran maklumat
Cara penyebaran maklumat atau cara penyebaran informasi
Sekolah perlu dijadikan institusi yang selamat selepas rumah
Pelajar berada di sekolah untuk belajar dan tempat itu mesti berada dalam keadaan selamat sepanjang masa.
Perancangan kewangan yang komprehensif
Penyediaan perbelanjaan yang menyeluruh
Kes kecelaruan sosial
Kacau-bilau dalam masyarakat
Diintegrasikan melalui satu bahasa
Disatukan melalui bahasa yang sama
Menagih simpati
Meminta belas kasihan dan pertolongan orang lain
Kaya dengan khazanah rimbanya
Mempunyai banyak himpunan hasil hutan
Harus diketepikan
Perlu disingkirkan, dilupakan, atau dibuang
Secara lebih signifikan
Secara lebih bermakna, penting
Secara konvensional
Menurut kaedah yang biasa dilakukan
Pada tahap terkawal
Barada pada paras yang masih belum membimbangkan
Kemenagan terus berada dalam tangan
Keunggulan kekal menjadi milik sendiri
Pendekatan yang bersepadu
Kaedah, perlaksanaan yang terjalin erat

No comments:

Post a Comment